Skip to main content

Rahsia disebalik GLA complex


APA ITU GLA?

GLA ialah singkatan kepada gamma-linolenic acid. GLA ialah sejenis asid lemak Omega-6 yang digunakan oleh badan kita untuk membentuk prostaglandin.

Prostaglandin tu apa pulak?

Prostaglandin ni ialah bahan berkesan berupa hormon yang membantu mengawalatur proses badan yang normal.  Hormon dalam badan kita ni kan,  ialah bahan kimia yang dihasilkan oleh cecair di dalam badan. Hormon memainkan peranan penting dalam mengaktifkan proses di dalam tubuh manusia contohnya pertumbuhan, proses baligh, kitaran haid dan menopaus

Kebanyakkan GLA yang ada di pasaran  dihasilkan dari Evening Primrose Oil . Manakala GLA Shaklee diekstrak daripada biji tumbuhan borage yang mengandungi lebih dari 2 kali ganda GLA dalam EPO.

Borage juga adalah 3 kali lebih dari segi bioavailability dan 3 kali lebih berkesan dari EPO.

Haaaa Nampak.. sini dah nmpak kelebihan GLA banding dgn EPO lain kat luar kan..

GLA ni kan digunakan oleh ramai wanita untuk memelihara kesihatan sepanjang kitaran haid setiap bulan, symptom PMS, orang yang menopause.  Selain tu kan elok jugak utk skin repair and skin glowing.. haaaaaa bab ni mcm syiokkk.. hehe… glowing2 katanya kan.

Sumber utama Gla adalah Bunga Borage. Kenapa Shaklee pilih Bunga Borage dan bukannya Bunga Evening Primrose sebagai sumber utama Gla?

Sebabnya:
1.  Kandungan Gla dalam bunga Borage adalah 2x ganda jika dibandingkan dengan bunga Evening Primrose.

2.  Kandungan Gla dalam bunga Borage adalah 3x ganda mudah diserap oleh badan berbanding dengan bunga Evening Primrose oil. Hasilnya, sudah tentulah 3x ganda yang lebih berkesan. Ianya sangat-sangat membantu dalam beberapa masalah kesihatan seperti arthritis dan eczema.

3. Setiap kapsul Gla Complex Shaklee mengandungi 300mg Gla yang menjadi SUMBER TERBAIK OMEGA 6.

Jom kita tengok apa fungsi dan kelebihan bahan2 dalam GLA.

1.  Borage seed – eczema, PMS, arthritis rheumatoid, darah tinggi, kessihatan kulit, menstabilkan hormon

2. Blackcurrant – PMS, membkar lemak, mengurangkan air dalam tubuh, rambut, kuku, melnacarkan peredaran darah, meningkatkan daya tahan tubuh.

3. Minyak bunga matahari – Antioksidan, menyihatkan jantung, sumber tenaga, membina sel baru, melembapkan kulit, mencegah asma, membaiki sel rosak.

4. EPO – kesihatan rambut, kuku, kulit, mengurangkan jerawat, mengurangkan hypertensi, mencegah arthritis, PMS, diabetes, menormal kitaran haid, antioksidan

5. Vitamin E – antioksidan, melindungi jantung, meningkatkan kesuburan, anti penuaan, meningkatkan tenaga, mengurangkan parut, menyingkir radikal bebas, mengurangkan jeragat.

GLA ni penting tau.. Sebab apa? Ok ni sebab2 nya

1. Herba tradisi yang dipercayai
– Borage adalah herba kegemaran orang barat. Ianya merawat ulser, mengeluarkan virus, melegakan kelesuan, membersihkan kahak, meringankan kebas urat saraf dan meningkatkan stamina.

borage ni salah satu ramuan yg ada dlm GLA ni

2. Mengawal selia estrogen dan testosteron
– GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan sakit payudara. Semasa haid.

bila hormon kita dah dapat dikawal selia , baru lah period kita cantik, senggugut pun kurang..

siapa ada masalah senggugut boleh cuba amalkan.. amalkan maksud dia konsisten tau.. bukan makn semingggu pastu stop.. 😊

3. Melambatkan menopaus
– Memperbaiki keadaan menopaus seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, depresi. Pengambilan jangka panjang akan melambatkan penuaan, mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus untuk kulit lebih muda.

4. Memperbaiki Prostatomegaly
– GLA memperbaiki masalah prostat lelaki

makanya GLA ni bukan utk wanita saje ok.. lelaki pun boleh amalkan.. jangan kata takleh plak.. lelaki pun ada hormon hehe.. dorang pun nk stabilkan hormon dorang gak

5. Menentang Kanser
– GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imun tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser
.

Haaaa, GLA pun salah satu supplement yg anti oksidan.. anti oksidan ni sgt perlu tau utk melawan radikal bebas yg ada dlm badan kita.

Radikal bebas ni boleh merosakkan sel badan, sel badan kita yang rosak akan menyumbang pada penyakit ke kita

6. Memperbaiki inflamasi kulit
– Ianya mengurangkan inflamasi kulit, ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, memperbaiki bintik penuaan, tinea, kurap. Ianya juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, artritis.

7. Menghalang komplikasi diabetes
– Merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi

8. Pelangsingan dan menghalang tambah berat badan
– Merendahkan kolesterol LDL, menghalang penambahan berat badan yang berkesan, memberi tone pada kulit dan otot untuk wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan cantik, menghalang penambahan berat badan. Ambil semasa perut kosong untuk mengelak keasidan hiper.

kolesterol ada 2 jenis. yg LDL ni kiranya kolesterol jahat lah.  GLA ni pun boleh membantu merendahkan kolesterol dalam badan kita

9. Menghalang tekanan darah tinggi
– Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, pengembangan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi

10. Memperbaiki tekstur rambut
– Memperbaiki rambut kering dan keadaan rambut gugur

bila hormon kita stabil, secara tak langsung dapat repair gak masalah tekstur rambut

11.  Meningkatkan kesuburan.

Kita da tau GLA ni untuk hormon kan.. so kalau kurang “makanan” untuk hormon ni apa akan jadi kat badan kita ek??

1. HAID TIDAK TERATUR
Kebanyakan haid wanita datang setiap 21 hingga 35 hari. Sekiranya haid tidak datang pada masa yang sama setiap bulan, atau anda melangkau beberapa bulan, ini mungkin anda mempunyai terlalu banyak atau terlalu sedikit hormon tertentu (estrogen dan progesteron).

2. MASALAH TIDUR
Sekiranya anda selalu tak dapat melelapkan mata, atau jika tidur yang anda dapatkan tidak berkualiti, anda mungkin mengalami masalah hormon tak stabil.
Progesteron, hormon yang dikeluarkan oleh ovari anda, membantu anda untuk mendapat tidur yang berkualiti. Sekiranya tahap hormon anda lebih rendah daripada biasa, ia boleh membuat anda susah untuk tidur. Estrogen rendah boleh mencetuskan rasa panas dan berpeluh diwaktu malam.

3. JERAWAT KRONIK
Jerawat sebelum atau semasa haid adalah normal. Tetapi jerawat kronik boleh jadi berpunca daripada masalah hormon tak stabil.

Lebihan androgen (hormon lelaki yang ada pada lelaki dan wanita) boleh menyebabkan kelenjar minyak menjadi berlebihan. Androgens juga boleh menjejaskan sel kulit di dalam dan di sekitar folikel rambut anda. Kedua-dua perkara itu boleh menyumbat liang-liang dan menyebabkan jerawat.

4.  MASALAH USUS
Usus anda dipenuhi dengan sel-sel kecil yang dikenali sebagai reseptor yang memberi respon kepada estrogen dan progesteron. Apabila hormon ini lebih tinggi atau lebih rendah daripada biasa, anda mungkin akan mengalami perubahan dalam mencerna makanan. Itulah sebabnya cirit-birit, sakit perut, kembung, dan loya boleh muncul atau semakin teruk sebelum dan semasa haid.

5. MOOD TAK STABIL / TERTEKAN
Penyelidik berpendapat penurunan atau perubahan tahap hormon secara tiba-tiba boleh menyebabkan kemurungan dan tekanan. Estrogen menjejaskan bahan kimia otak utama seperti serotonin, dopamin, dan norepinefrin. Tetapi hormon lain, yang melalui jalan yang sama seperti neurotransmitter, juga memainkan peranan dalam perasaan kita tau..

6. SAKIT KEPALA
Banyak perkara boleh mencetuskan masalah ini. Tetapi bagi sesetengah wanita, penurunan estrogen yang menjadi puncanya.

Sebab itulah biasanya sakit kepala akan menyerang sebelum atau semasa haid. Sakit kepala yang kerap atau yang sering terjadi sekitar waktu yang sama setiap bulan boleh menjadi petunjuk bahawa tahap hormon sudah tidak stabil.

7. KEHILANGAN LIBIDO
Kebanyakan orang memikirkan testosteron sebagai hormon lelaki, tetapi badan wanita juga mengeluarkan hormon ini. Sekiranya tahap testosteron anda lebih rendah daripada biasa, anda mungkin kurang minat terhadap seks daripada yang biasanya anda lakukan.

👆  haaaa, ayukkkk siapa ni??

ok ni last kesan klau hormon tak stabil

8.  PERUBAHAN PAYUDARA
Penurunan estrogen boleh menyebabkan tisu payudara kurang padat. Dan peningkatan hormon dapat menebalkan tisu ini.  haaaaaaa sapa nak mantaappp?? hehe.. alfalfa kita makn pun dah ckup mantapkan aset kita kan 😊

Ok bab yang last, APA BEZANYA GLA SHAKLEE DENGAN PRODUK LAIN
Ni pun tadi akak dah sentuh2 awal tadi.

Kandungan GLA dalam Borage - 2x ganda lebih tinggi dari Evening Primrose Oil
2) Bioavailabiliti Borage - 3x ganda lebih dari Evening Primrose Oil
3) Keberkesanan Borage - 3x lebih berkesan daripada Evening Primrose Oil.

Bahkan, setiap kapsul GLA Shaklee mengandungi lebih 300 mg GLA yang mana ianya merupakan sumber terbaik Omega-6.

Yang lebih menarik lagi, GLA Shaklee ini digabungkan dengan minyak sunfolwer dan Vitamin E bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan dan kestabilannya.

Comments

Popular posts from this blog

Kisah wanita peroleh pendapatan 4-5 angka dengan mobile spa

5 Wanita ini adalah yg 100% buat TWB, bukan yg buat kursus lain atau produk lain. Ahli TWB yang ada proven success seperti: 1) Azura Yusop - umrahkan mak ayah hasil TWB https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/azura-yusop-umrahkan-mak-ayah-hasil-twb.html?m=1 2) Wan Syahida Kahar - income RM 5k-7k sebulan hanya dari rumah https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/kisah-wanita-peroleh-pendapatan-4-5.html?m=1 3) Mira Sofea - 100% income spa utk tampung expenses family di saat suami tiada kerja ...dan ramai lagi.

Bestnya detox dengan herbalax

Berdasarkan 1 kajian - Seorang wanita terdedah kepada 120 bahan kimia waktu mula bangun pagi dan bersiap nak ke tempat kerja, ni sharing dari nutritionist Shaklee kalau melalui kolon pula Kita hadapi masalah disebabkan tak pergi toilet setiap hari selalunya, wanita memang menghadapi masalah tak membuang hari2 dulu2 membuang 3 hari sekali, so boleh bayang cemana pengumpulan sisa2 buangan terkumpul dalam usus tu ibarat longkang yang lama tak cuci So, apa kesan apabila terlalu banyak toksin berkumpul dalam badan? Alahan kulit, kulit kusam, sembelit, kita selalu letih, sakit kepala dan macam-macam lagi Perut ni umpama rumah penyakit dan usus adalah bilik2 dalam rumah penyakit tu Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Kalau usus kita tak sihat, berkerak tebal, kita makan lah apa suplemen untuk cantik kulit, untuk kurus, untuk awet muda ke pasti kurang

Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

Mudah, fleksibel dan mampu menjana pendapatan lumayan antara program spa bergerak The Walking Beauty, bagi meningkatkan ekonomi golongan wanita. Program ini memberi pendedahan kepada golongan wanita, mengenai perniagaan yang memberi pendapatan tambahan. Peluang keusahawan ini juga dilihat lebih fleksibel kerana ia tidak mengganggu masa wanita, yang mungkin terikat dengan kerjaya atau urusan keluarga lain. Perniagaan jenis ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, bergantung kepada tempahan pelanggan. Kita berharap program ini membolehkan mereka memajukan diri tanpa bergantung kepada pendapatan suami. Kita hanya sebagai pembuka jalan dan akan membantu peserta memajukan diri. Objektif kami memberi fokus kepada wanita, sama ada bekerja atau tidak dengan membantu menambah pendapatan mereka. Bidang ini masih baharu dan kebanyakan perniagaan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Selain itu, program keusahawanan ini mampu menjana pendapatan lumayan, iaitu sekitar RM400 sehari be