Skip to main content

Multipurpose cream : herbal bland


Herbal bland diperbuat daripada ekstrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow, rosemary dan Chamomilla Recutita (Matricaria) Flower Extrak. Wow, best kan? Mari kita lihat apakah antara kebaikan ekstrak herba tersebut:

1.) Sage:

Memiliki sifat antiflammatory, antioksidan, antifungal, antiseptik, antibacteria, antimicrobial dan antixiolotic (mengurangkan kebimbangan)
Salah satu herba terawal digunakan dalam perubatan dan masakan di dalam sejarah manusia
Ahli Fizik dari Greek melaporkan terdapat enzim di dalam daun sage yang mampu menghentikan pendarahan luka dan membersihkan usler
Pengamal herba juga mencadangkan pengambilan Sage sebagai penyelesaian masalah ketidak selesaan pathologi di bahagian otot, tulang dan nadi

2. HORSE CHESTNUT

*Ia bersifat anti radang seperti sage dengan tambahan ia memberi kesan ke atas saluran darah.
*Maka ia sangat sesuai untuk pesakit yang menderita penyakit reumatoid arthritis (RA), penyakit autoimun seperti SLE dan vericose vein.

3. YARROW

*Yarrow biasanya dibuat sebagai essential oil (EO).
*ia memberi kesan anti-bakteria, anti-virus dan anti-fungus
*Yarrow memberi cooling effect, orang-orang pada zaman dahulu menggunakan yarrow untuk merawat demam.
*Merawat sakit gigi dengan cara disapu pada pipi (AWAS- jangan ditelan).

4. ROSEMARY

*Rosemary merupakan essential oil (EO) yang sangat mudah didapati.
*ia banyak digunakan dalam masakan barat terutanma dalam masakan kambing untuk menghilangkan bau hamis yang kuat.
*Rosemary bersifat anti-bakteria
*ia melancarkan peredaran darah dan memberi kesan menenangkan (sesuai untuk anak demam, sakit gigi dan memberi kesan kelegaan bagi pengembara (traveller).
*ia juga memperbaikki mood.

Rosemary:

Sebagai minyak gosok melegakan otot tubuh. Minyak dari herba rosemary juga dikatakan boleh digunakan untuk tujuan luaran terutamanya sebaigai ubat gosok. Selalunya ia disapu pada linimen (suatu persediaan berubat yang digosok pada kulit ataupun digunakan pada pembalit pembedahan) sebagai peransang bau.
Membantu tingkatkan ingatan dan agen penenang. Herba rosemary sering digunkan dalam rawatan aromaterapi untuk meningkatkan penumpuan dan melegakan tekanan.

Antara kelebihan dan Manfaat Krim Herbal Blend Shaklee ialah :
Merawat kulit gatal
Menghilangkan parut jerawat / parut chicken pox
Losyen harian untuk kulit kering
Krim urut badan lenguh
Merawat kesan luka melecur
Melembutkan kulit / tumit kasar @ pecah.
Merawat ruam susu / ruam panas / ruam lampin / muka / kepala
Melegakan badan / kepala ketika tidak sihat
Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Ubat luka atau melecur
Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Menghilangkan parut
Losyen harian
Baik untuk demam ( disapu di seluruh badan dan setengah jam akan berpeluh bermakna badan sedang respons pada krim tersebut bagi mengeluarkan haba berlebihan dalam badan).
Membuang angin pada perut bagi memberi keselesaan pada perut anda
Membuang selulit serta  memecahkan lemak berlebihan.
Sesuai untuk pesakit autoimun seperti SLE, reumatoid arthritis (RA) dan vericose vein.
Merawat sakit gigi (sapu pada pipi)

Keistimewaan Herbal Blend Cream:

Aroma yang sangat menenangkan
Terasa dingin pada kulit
Diekstrak dari herba semulajadi
Tidak berminyak
Mudah diserap kedalam kulit
Mudah digunakan dan mudah dibawa kemana-mana
Dijamin berkesan
Tanpa Steroid
Tanpa Paraben

Adakah ia selamat digunakan ke atas bayi?

Krim Herbal Blend Shaklee sudah berada di pasaran sejak 15 tahun dan ia terbukti selamat dan berkesan . Ia bebas paraben dan steroid, diperbuat daripada shea butter. Shaklee menggunakan African Shea Butter yang kaya dengan natural moisturizer. Shea butter selamat digunakan ke atas bayi kerana ia adalah bebas toksin dan cukup lembut untuk kulit bayi yang sensitif.

1. Gigitan nyamuk

Krim ni juga bertindak sebagai Krim halang gigitan nyamuk. Sesuai bagi yang suka menjalankan aktiviti di hutan dan yang nak bawa anak-anak pulang ke kampung.

》Sapu je HBC ni seluruh badan terutamanya bahagian yang terdedah dengan nyamuk. Ini adalah salah satu cara bagi mengelakkan dari di gigit nyamuk. Tapi bahagian yang dah kene gigit pun boleh sapu, cepat hilang bengkak dan gatal

2. Terkena minyak panas atau melecur

Ini kita panggil juga first Aid di rumah, kebiasaan nya kalau menggoreng ikan, percikan nya memang luar biasakan. Tak sempat nak elak pecepek kene pipi.

》Jangan panic, terus ambil HBC dan sapu kat pipi tu, tak pedih pun rasa sejuk sebab ada mint

3. Luka

Kebiasaan nya yang bab luka ni selalunya terjadi pada anak-anak yang main basikal atau mak-mak yang tengah berangan kat dapur, ingatkan ayam rupanya dah terhiris jari manis

》Jangan pengsan pulak nampak darah, cuci luka bagi bersih dulu, lepas tu sapu krim ni, eh tak pedih la, berdenyut je sikit, nanti luka tu cepat kering dan kulit akan bercantum dengan cepat.

4. Jerawat sebijik dua bijik

Mesti pelik kan, tak kan la krim ni sampai jerawat pun boleh guna. Nak tau apa yang terjadi lepas pakai krim ni cuba dulu baru tau.

》Sapu je krim kat jerawat yang baru muncul, kene rajin sapu la, nanti kecut la jerawatnya dan kesan parutnya boleh perlahan-lahan hilang, kalau parut yang bertahun-tahun nak hilang kene la ambik set kecantikan pula 😄

5. Bibir kering Merekah

Kalau musim panas biasa sangat kene, lagi yang kurang minum air. Bila kena air kat bibir je dah pedih sebab dah merekah, mak ai memang sakitnya tuh di bibir, selain dari gunakan cara tradisional,alang-alang dah beli krim HBC ni guna je la kan.

》Picit la sikit krim HBC tu kat jari, sapu je kat keliling bibir tu nipis-nipis je. Jangan la picit macam ubat gigi memang la tak sampai sebulan guna dah habis. Eh kalau masuk mulut krim ni macam mana pulak? jangan risau, sebab tu la saya pilih krim yang tak gunakan bahan kimia, jilat pun tak pe

6. Gatal-gatal

Tiba-tiba je rasa gatal, macam kene gigit semut halus je, alih-alih nampak bijik-bijik halus je, ubat paling sedap memamg garu la kan. Tapi kalau terlebih garu boleh sampai luka tu

》Sapu je la HBC, mana tau serasi hilang gatal tu. Tapi kalau gatal tak hilang jugak, sila la jumpa doktor, sebab krim ni bukan la ubat, tapi krim serbaguna yang dapat membantu kurangkan, nanti tak serasi dah Surya pulak kena kan. Sebab lain orang lain efek nya

7. Kulit kering

Yang jenis kulit kering ni memang krim ni recommended bagi yang tak suka pakai krim yang rasa berminyak-minyak satu badan. HBC ni kalau kita sapu kat kulit memang dia akan meresap ke dalam. Tak la sampai nampak kulit kita berminyak sampai rasa tak selesa

》Lumur je kat bahagian badan yang kita rasa kering kalau kat muka pun boleh, tak de masalah, jangan sapu kat mata dah la, nanti pedih pulak mata kalau peluh menitik

8. Tumit merekah

Selalunya yang kena ni mana yang jenis kulit tak tahan pijak simen, dalam rumah pun kena pakai selipar jepun. Kalau kerja pulak kene pakai kasut dan stokin/sarung kaki nak tutup tumit merekah

》Ni awal-awal nak bagi tau, nak hilangkan rekahan dalam jangkamasa yang singkat mungkin mustahil, kena la konsistan dan rajin sapu tumit kaki dengan HBC, lama-kelamaan rekahan akan berkurangan dan akhirnya tumit yang merekah akan bercantum

9. Ekzema

Rata-rata yang beli krim ni adalah ibu-ibu yang mana anak nya ada masalah Ekzema. Dah puas cuba krim lain tapi masih tak elok. Bagi saya ni antara krim yang sesuai untuk anak-anak sebab HBC ni di perbuat dari bahan semulajadi tanpa campuran bahan kimia yang sesuai digunakan pada bayi yang ada masalah kulit terutama yang ekzema sekita pipi dan mulut

》Jangan risau, walaupun anak-anak terjilat atau pegang pipi mereka, HBC ni tak beracun, kaedahnya hanya sapu je HBC ni nipis-nipis, jangan ingat nak cepat baik kita letak berbukit-bukit pulak kat pipi dia, kene ingat ya kulit bayi kita masih nipis, se elok-eloknya gunakan hanya sedikit je, krim tu dah boleh meresap ke dalam (Tidak di sarankan utuk Ekzema berair)

10. Ruam /melecet

Kebiasaannya bayi yang akan alami ruam lampin sampaikan kulitnya menjadi kemerah-merahan hingga melecet.

》Sapu je HBC di sekitar ruam, tak perlu banyak-banyak, cukup sekadar meratakan dan sapu nipis-nipis setiap kali membersihkan serta menukar lampin. Untuk orang dewasa yang ada masalah ruam pun perlu lalukan cara yang sama juga

11.Chickenpox/ Caca air

Juga kita panggil demam caca/ caca air. Ramai yang masih gunakan kaedah tradisional. Faktor masa juga menjadi kengkangan nak gunakan cara tradisional dan agak sukar nak cari daun bambu sekarang ni. Ramai jugak nak cari cara paling mudah dan berkesan dengan sapu je

》Apa lagi yang HBC dapat buat ya?? Ni antara permintaan tinggi di mana ramai yang menggunakan krim ni sebagai peganti. Sapu je satu badan dari awal sampai la tapak cacar dia kering, pada masa yang sama parut cacar yang kecil akan cepat hilang dan yang ibu-ibu/ kawah yang lain ambil masa yang lebih untuk hilang

12. Demam

Ramai yang gunakan pelekat gel di dahi untuk turunkan suhu badan. Tapi HBC ni jugak membantu bagi menurunkan suhu badan jika demam

》HBC membantu secara luaran Selain makan ubat demam. Sapu je di sendi-sendi badan. Ini dapat membantu turunkan suhu badan

Comments

Popular posts from this blog

Kisah wanita peroleh pendapatan 4-5 angka dengan mobile spa

5 Wanita ini adalah yg 100% buat TWB, bukan yg buat kursus lain atau produk lain. Ahli TWB yang ada proven success seperti: 1) Azura Yusop - umrahkan mak ayah hasil TWB https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/azura-yusop-umrahkan-mak-ayah-hasil-twb.html?m=1 2) Wan Syahida Kahar - income RM 5k-7k sebulan hanya dari rumah https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/kisah-wanita-peroleh-pendapatan-4-5.html?m=1 3) Mira Sofea - 100% income spa utk tampung expenses family di saat suami tiada kerja ...dan ramai lagi.

Bestnya detox dengan herbalax

Berdasarkan 1 kajian - Seorang wanita terdedah kepada 120 bahan kimia waktu mula bangun pagi dan bersiap nak ke tempat kerja, ni sharing dari nutritionist Shaklee kalau melalui kolon pula Kita hadapi masalah disebabkan tak pergi toilet setiap hari selalunya, wanita memang menghadapi masalah tak membuang hari2 dulu2 membuang 3 hari sekali, so boleh bayang cemana pengumpulan sisa2 buangan terkumpul dalam usus tu ibarat longkang yang lama tak cuci So, apa kesan apabila terlalu banyak toksin berkumpul dalam badan? Alahan kulit, kulit kusam, sembelit, kita selalu letih, sakit kepala dan macam-macam lagi Perut ni umpama rumah penyakit dan usus adalah bilik2 dalam rumah penyakit tu Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Kalau usus kita tak sihat, berkerak tebal, kita makan lah apa suplemen untuk cantik kulit, untuk kurus, untuk awet muda ke pasti kurang

Mobile Spa Bantu Wanita Jana Pendapatan

Mudah, fleksibel dan mampu menjana pendapatan lumayan antara program spa bergerak The Walking Beauty, bagi meningkatkan ekonomi golongan wanita. Program ini memberi pendedahan kepada golongan wanita, mengenai perniagaan yang memberi pendapatan tambahan. Peluang keusahawan ini juga dilihat lebih fleksibel kerana ia tidak mengganggu masa wanita, yang mungkin terikat dengan kerjaya atau urusan keluarga lain. Perniagaan jenis ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, bergantung kepada tempahan pelanggan. Kita berharap program ini membolehkan mereka memajukan diri tanpa bergantung kepada pendapatan suami. Kita hanya sebagai pembuka jalan dan akan membantu peserta memajukan diri. Objektif kami memberi fokus kepada wanita, sama ada bekerja atau tidak dengan membantu menambah pendapatan mereka. Bidang ini masih baharu dan kebanyakan perniagaan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Selain itu, program keusahawanan ini mampu menjana pendapatan lumayan, iaitu sekitar RM400 sehari be