Skip to main content

5 Manfaat Omega-3 yang Tidak Dijangka

Selain daripada kesihatan jantung, asid lemak omega-3 juga diketahui menyokong kesihatan kita dalam pelbagai cara. Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana anda boleh memanfaatkan nutrien penting ini.

Tulang Yang Lebih Kuat dan Sendi Yang Lebih Sihat

Semakin berusia, penghasilan tulang rawan iaitu sejenis tisu penghubung untuk kelembutan sendi anda berkurangan, menyebabkan sendi menjadi sakit danradang. Omega-3 menyokong dengan:
• Bertindak sebagai fungsi anti-radang untuk mengurangkan keradangan dan kesakitan.
• Meningkatkan penyerapan kalsium bagi mengoptimumkan kekuatan tulang untuk menyokong pergerakan.

Mengekalkan Kesihatan Mata

Retina anda mengandungi asid dokosaheksaenoik (DHA) yang diperlukan untuk pengecaman visual. Omega-3 menyokong dengan:
• Mengekalkan tahap optimum DHA yang
diperlukan untuk penglihatan mata yang sihat.
• Membantu penyaliran cecair intraokular yang betul dari mata, mengurangkan risiko
tekanan mata yang tinggi dan glaukoma.

Meningkatkan Sistem Imun

Keradangan yang berpanjangan akibat tekanan, diet atau faktor gaya hidup boleh
merosakkan tisu anda yang membawa
kepada kemerosotan dan bengkak. Omega-3 menyokong dengan:
• Mengurangkan keradangan dengan
mengurangkan reaksi keradangan.
• EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel
darah putih untuk menghasilkan
antibodi, menghalang jangkitan dan
virus untuk meningkatkan sistem imun
anda!

Berat Badan Yang Sihat

Satu kajian menunjukkan bahawa minyak ikan meningkatkan keberkesanan senaman dalam usaha untuk menurunkan berat badan. Omega-3 menyokong dengan:
• Merangsang enzim yang mengangkut lemak di mana ia boleh digunakan untuk tenaga.
• Meningkatkan kelajuan metabolisme supaya anda membakar lebih banyak lemak dan kehilangan lebih banyak berat badan.

Fungsi Otak Yang Lebih Sihat dan Mood Yang Lebih Baik

Adakah anda tahu bahawa membran dan
sel otak anda diperbuat daripada lemak
penting? Ia merupakan bahan penting untuk membina otak anda, omega-3 menyokong dengan:
• Mengurangkan keradangan di otak dan
meningkatkan penghantaran mesej dari satu sel otak ke sel yang lain.
• Mengawal paras kortisol iaitu hormon
stres. Ia membantu meningkatkan mood anda supaya anda berasa lebih baik.


Comments

Popular posts from this blog

Kisah wanita peroleh pendapatan 4-5 angka dengan mobile spa

5 Wanita ini adalah yg 100% buat TWB, bukan yg buat kursus lain atau produk lain. Ahli TWB yang ada proven success seperti: 1) Azura Yusop - umrahkan mak ayah hasil TWB https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/azura-yusop-umrahkan-mak-ayah-hasil-twb.html?m=1 2) Wan Syahida Kahar - income RM 5k-7k sebulan hanya dari rumah https://norasyikindiyana.blogspot.com/2019/03/kisah-wanita-peroleh-pendapatan-4-5.html?m=1 3) Mira Sofea - 100% income spa utk tampung expenses family di saat suami tiada kerja ...dan ramai lagi.

Wan Syahida Kahar - income RM 5k-7k sebulan hanya dari rumah

Wanita ini adalah yg 100% buat TWB, bukan yg buat kursus lain atau produk lain. 1. Bila saya join TWB dan berapa yuran masa tu? 🔹 Saya join Nov 2015. Masa tu RM750 untuk course facial je. 2. Apa BIG WHY join TWB? 🔹 Nak capai career development & improve income walaupun saya housewife and 24 jam kat rumah. 3. Apa perkara yang paling berharga diperolehi sejak join TWB? 🔹 Dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress. 4. Berapa lama masa ambil untuk balik modal: 🔹 Modal pun pakai income bonus Shaklee je. Pastu waktu upgrade ke 5 course (sekarang pakej 5 course ni RM1,999), pun sama, beli barang2 dengan bonus Shaklee. Every month pun income bonus Shaklee lebih stabil. Income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++ so senang la dpt balik modal 😄 . Alhamdulillah.. saya tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah.

Bestnya detox dengan herbalax

Berdasarkan 1 kajian - Seorang wanita terdedah kepada 120 bahan kimia waktu mula bangun pagi dan bersiap nak ke tempat kerja, ni sharing dari nutritionist Shaklee kalau melalui kolon pula Kita hadapi masalah disebabkan tak pergi toilet setiap hari selalunya, wanita memang menghadapi masalah tak membuang hari2 dulu2 membuang 3 hari sekali, so boleh bayang cemana pengumpulan sisa2 buangan terkumpul dalam usus tu ibarat longkang yang lama tak cuci So, apa kesan apabila terlalu banyak toksin berkumpul dalam badan? Alahan kulit, kulit kusam, sembelit, kita selalu letih, sakit kepala dan macam-macam lagi Perut ni umpama rumah penyakit dan usus adalah bilik2 dalam rumah penyakit tu Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami) Kalau usus kita tak sihat, berkerak tebal, kita makan lah apa suplemen untuk cantik kulit, untuk kurus, untuk awet muda ke pasti kurang