Vitamin C terdiri daripada 3 bentuk secara kimia iaitu Ascorbic Asid (ascorbates), Ascorbate free radical dan Dehyroascorbate
Ketiga-tiga bentuk ini bertanggung jawab untuk penyebaran dan aktiviti penting bagi reaksi biokimia,
pelindung intracellular sel dan bertindak sebagai penyumbang elektron bagi radikal bebas (antioksidan).
Vitamin C tidak dijana di dalam tubuh manusia. Maksudnya ianya perlu diperolehi daripada sumber makanan.
Kalau nak tahu vitamin C juga adalah vitamin yang Larut Air dan sangat mudah hilang dari tubuh kita.
Vitamin C secara mudah akan hilang atau disingkirkan dari badan kita apabila kita merokok, stress, demam, tidak cukup tidur,
marah, muntah, mengandung dan sebagainya.
Betapa begitu mudahnya Vitamin C disingkirkan dan hilang dari tubuh kita.
Antara fungsi vitamin C sebenarnya:
mencantikkan kulit -
Jika setiap hari kita mengambil Vitamin C secara konsisten, ia mampu menjadikan kulit kita lebih cerah. Melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen penyebab utama kejadian jeragat. So cara kawal jeragat ialah dengan mengambil Vitamin C setiap hari!
meningkatkan sistem imun tubuh –
Vitamin C membantu sel darah merah yang sihat untuk menyerap zat besi dengan lebih baik. Ianya juga membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman.
✓Menguatkan sistem imun
✓ Mengurangkan asthma dan alergi hidung dan
kulit.
✓ Menyingkatkan waktu pemulihan ketika sakit.
antioksida yang menghalang kerosakan tisu yang disebabkan radikal bebas –
Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
mencegah penyakit Scurvy -
Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan,
Stress / tekanan
Sangat perlu diambil oleh mereka yang sistem imun badan rendah kerana stress - masalah yang biasa dihadapi oleh masyarakat kita hari ini. Vitamin C sangat sensitif dengan tekanan, dan ia merupakan nutrient pertama yang mudah hilang pada perokok, peminum alkohol dan mereka yang obes. Mereka yang selalu stress memerlukan lebih Vitamin C setiap hari.
Mengekalkan kolestrol sihat -
Vitamin C mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah. Ia juga mampu mengekalkan kapilari yang sihat dan menghindari arteriosklerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skury
membantu pembentukan collagen –
Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah siapa yang amalkan vitamin c akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.
membantu pencegahan sesetengah kanser seperti kanser paru-paru, payudara dan sebagainya.
Vitamin C merupakan anti-oksida yang berkuasa dan mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-Cell untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia bahayadari tubuh kita denagn berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
Tubuh kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak dapat menyimpan vitamin C untuk jangka waktu yang lama..
Badan kita pula tidak dapat menghasilkan atau menyimpan Vitamin C terlalu lama kerana ianya akan berkurangan semasa kita melakukan aktiviti seharian. Lagi-lagi denagn keadaan pencemaran yang berleluasa sekarang ni.
Vitamin C hanya boleh berada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan tahap keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di setiap bahagian tubuh yang lain.
Selain itu jika kekurangan Vitamin C ada kesan lain seperti -->
Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan kolagen akan menjadi lemah dan tidak aktif.
Vitamin C diperlukan untuk pembentukan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang menyokong sebahagian sel, memberi kekuatan dan kekenyalan kulit serta tisu badan disamping membantu penyerapan zat besi - ini yang menjadikan kita tua sebelum waktunya..
Setiap hari badan terdedah kepada radikal bebas seperti asap rokok, pancaran UV, pencemaran udara, ubat dan lain-lain. Pendedahan kepada radikal bebas yang berterusan akan menyebabkan kerosakan pada sel-sel badan dan akhirnya sel-sel akan mati. Ini adalah penyumbang kepada penyakit kanser, jantung serta penyakit kronik yang lain
Kekurangan Vitamin C yang berterusan boleh menyebabkan penyakit kancing gigi dan skurvi yang iaitu gusi berdarah.
Vitamin C membantu dalam mempercepatkan penyembuhan luka. Jadi jika tak cukup quata dalam badan luka akan lambat kering dan sembuh.
Vitamin C Shaklee mempunyai Bioflavonoid yang membantu penyerapan vitamin C oleh badan dan memelihara Vitamin C daripada teroksida. Bioflavonoid adalah pigmen tumbuhan-tumbuhan yang dijumpai di dalam buah-buahan sitrus.
Kelebihan Vita C Shaklee ni ianya telah diformulasikan dalam bentuk ”Sustained Released” - pelepasan berkala. Iaitu setiap jam 1.5mg vitamin c akan di lepaskan dalam badan kita.
Jadi sebiji vitamin C 500mg yang kita makan akan bertahan untuk 5 jam kerana akan di lepaskan 100mg setiap 1 jam.
Tapi keperluan vitamin C ni bergantung kepada setiap individu tersebut.
Kadang ada yang cuma perlu 2 biji sehari, tapi bagi yang ada masalah kena ambik lebih, 4 atau 6 biji depends pada keadaan.
Vitamin C ni, vitamin yang mudah larut dalam air. Jadi tak adalah istilah tertinggal dalam badan or buah pinggang yang boleh menyebabkan buah pinggang rosak ye.
Secara ringkasnya :
Vitamin C Shaklee kini lengkap dengan Citrus Bioflavonoids Complex dan juga Sustained Release System
Penyerapan vitamin C ke dalam tubuh adalah berterusan selama 5 jam bagi memastikan bekalan vitamin c mencukupi semasa ia diperlukan untuk proses dalam tubuh.
Vitamin C Shaklee dihasilkan dari kanji jagung yang merupakan sumber asli vitamin C.
Vitamin C Shaklee ditambahkan dengan 120 mg Citrus Bioflavanoids Complex yang membantu penyerapan vitamin C
Comments
Post a Comment